halooo....saya Nachimi....salah seorang animator kat sini...
nak tau camane kitorang buat Upin ipin bercakap..?
ok, basically utk percakapan atau lipsync, biasanya akan dibuat selepas kesemua pergerakan utk satu watak itu disiapkan. senang cite, stage last skali selepas character animation. stage last ni jugak kitorang buat facial expression.
first skali lepas masukkan audio, kitorang dgr dulu audio tu 2,3 kali........pastu baru kitorang start animate. mase dgr tu jugak kitorang identified mana perkataan yang perlu diutamakan dan juga yg kurang diutamakan.
contohnye...
"opah opah! macammane nak buat ketupat ni..?" (ayat ini tidak terdapat dimana-mana siri upin&ipin. janganla membuang masa mencarinya).dalam ayat ni....perkataan
opah opah ,
macammana....dan juga
ketupat
perlu diutamakan kerana ia adalah
'keyword' tentang message yang hendak disampaikan.
biasanya, perkataan ini akan diiringi dengan pergerakan character yang lebih besar dan jelas, supaya orang senang nampak dan paham.
sceara teknikal pulak......kitorang akan bentukkan mulut Upin&Ipin mengikut bunyi yang dikeluarkan...bukan mengikut jenis perkataan.
mengikut bunyi tu cnthnye macam......."betul betul betul..!" perkataan 'betul' tu...x semestinye kene taruk semua bentuk...sebab ipin cakap tu laju sangat.......jadi kitorang akan bentuk mulut tutup rapat utk huruf B, pastu buat bentuk huruf O besar, pastu buat mulut muncung macam die sebut UUuuuuUU~~~......jadi, bila preview nampak macam Ipin sebut "boul boul boul..!". tapi bile on audio nampak die sebut "betul betul betul..!"
cukup sekadar untuk membuat aundience percaya yg character tu sebut bende yang sama dengan bunyi audio.
itu saja tips ringkas dari NachiMi......kalo ade apape nak tak paham, jangan segan silu bertanya......kerana anda didepan monitor, xde ape nak malu.....sekian.
