Filem
Geng : Pengembaraan Bermula merupakan filem 3D animasi pertama di Malaysia yang telah diiktiraf oleh "Malaysia Book of Records". Geng juga merupakan di antara filem yang berjaya meraih kutipan tiket tertinggi iaitu RM 6.31 juta sejak ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia Februari 2009. Dihasilkan oleh
Les' Copaque Production Sdn Bhd, filem ini merupakan 100% hasil kerja anak tempatan.
Geng juga telah meluaskan tayangannya di Indonesia melalui
BlitzMegaplex dan juga mendapat sambutan hangat di sana. Selepas Indonesia, Geng bakal ditayangkan di India melalui bantuan
India Tales.